Minggu, 01 Oktober 2017

ajaran bid'ah



 

 

 

 

 

 

 

AJARAN BID’AH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


PENDAHULUAN


Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda' fi Madharil Ibtida'[1] berkata bahawa bid'ah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia bermakna:
ماخلق من غير مثال سابق
"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"

Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :
البدعة هي عبارة عن طريقة في الدين تضاهي الشرعية يقصد بلسلوك عليها المبالغة في اليتعبد الله سبحانه وتعالى
"Bid'ah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani berkata bahawa Allah tidak akan menerima amalan seseorang itu tanpa mempunyai dua perkara di bawah ini:


Pertama : Ia dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla.

Kedua : Ia mestilah betul dan ia tidak akan betul (sahih) sehingga ia bertepatan dengan Sunnah, tidak bertentangan dengannya dan sebagaimana dipersetujui oleh ulama'-ulama' apa-apa yang didakwa oleh seseorang mengenai perbuatan yg Rasullulah tidak menjelaskan melalui Hadisnya, (yg tidak membawa dekat kepadanya) -- membawa kepada dekat dengan Allah apabila melakukan - maka ia bertentangan dengan Sunnah sebagaimana Sunnahnya terdiri dari dua jenis :

(a) Sunnah perbuatan (Sunnah Fi'liyyah -
سنة فعلية perbuatan yg dilakukan) dan
(b) Sunnah ditinggallkan (Sunnah Tarkiyyah) -
سنة تركية perbuatan yg dia tidak lakukan)

Perkara yg berkisar mengenai ibadat, yg ditinggalkan oleh Rasullulah - maka menjadi sunnah untuk meninggalkannya

Manakala mengikut pendapat Imam Asy-Syatibi(rh) takrifan bid’ah boleh dibahagi kepada dua iaitu:

( I ) takrif yang tidak mengkategorikan adat itu termasuk di dalam maksud Bid’ah , tetapi hanya mengkhususkan Ibadat sahaja :

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه
Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan @ cara yang diada-adakan di dalam agama yang menyerupai hukum syariat , tujuan dikerjakannya ialah untuk berlebih-lebihan di dalam mengabdikan diri ( ibadat ) kepada Allah Yang Maha Sucilah Dia .

( II ) takrif yang turut mengkategorikan bid’ah itu termasuk juga di dalam perkara-perkara adat , bukan semata-mata di dalam ibadah semata-mata :

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها ما يقصد بالطريقة الشرعية
Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan @ cara yang diada-adakan di dalam agama yang menyerupai hukum syariat , tujuan dikerjakannya ialah sama dengan tujuan dikerjakan sesuatu hukum syariah itu .



















HADIS & AMARAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENGENAI BID’AH INI

Hadis-Hadis Baginda s.a.w mengenai bahayanya Bid’ah ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab karangan para ulama’ kita (rh) , akan tetapi saya hanya menyenaraikan satu sahaja hadis yang begitu masyhur di dalam bab ini , iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya , Kitab As-Sunnah , Bab Luzum As-Sunnah , Hadis 4596 :

قَالَ الْعِرْبَاضُ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا فَقَالَ أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Ertinya : Telah berkata Irbadh , kami pernah sembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w pada suatu hari , kemudian Baginda s.a.w berpaling mengadap kepada kami lalu memberikan satu pesanan yang sangat meninggalkan kesan , yang boleh menyebabkan mengalirnya air mata , yang menyebabkan hati tersentuh . Lalu berkatalah seseorang : “ Wahai Rasulullah ! Seolah-olah ini adalah pesanan terakhir untuk kami , maka apakah yang tuan perintahkan kepada kami ? “ . Maka , sabda Baginda s.a.w : “ Aku berpesan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah , dan hendaklah kamu dengar dan taat walaupun ketuamu itu adalah seorang hamba kulit hitam drp negara habsyah ( Ethiopia ) . Maka , sesiapa sahaja yang hidup selepasku ini , dia pasti akan mendapati begitu banyak perselisihan. Oleh itu , hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin , lagi mereka itu adalah orang yang mendapat pimpinan. Peganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi gerahammu . Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ .

Di dalam hadis yang hampir sama dengan hadis di atas , terdapat lagi sambungan daripada hadis tersebut , iaitu :

.......... وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ
Ertinya : “ …dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie : Kitab Solat Al-‘Aidain :Bab Kaifa Al-Khutbah ? :Hadis ke 1577

Dalam hadis yang lain Nabi SAW telah bersabda:

إن الله حجب التوبة عن كل صاحب بدعة، حتى يدع بدعته ـ رواه الطبراني والضياء المقدسي في الأحادث المختارة
"Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yg melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam 'Al-Hadith Al-Mukhtaarah' dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.

Sahabat-sahabat baginda juga telah berkata:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata :
كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله علي وسلم فلا تعبدوها
"Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :
اتبعوا ولا تبدعوا، فقد كفيتم عليكم بالأمر العتيق
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

 

 

PEMBAHAGIAN BID’AH SECARA UMUM


(1) – BID’AH HAQIQIYAH ( بدعة حقيقية ) :

Bid’ah Haqiqiyah ialah suatu perkerjaan ataupun perbuatan yang tidak ada dalilnya sedikitpun , sama ada daripada Al-Quran , As-Sunnah, Ijma’ , Qiyas , dan tidak pula daripada sumber-sumber perundangan yang muktabar ( bernilai ) di sisi cendekiawan Islam , sama ada secara perbahasan umum ataupun terperinci .

Contohnya : Mendekatkan diri kepada AlLah Ta’ala dengan cara menjadi seperti rahib ataupun tidak mahu beristeri tanpa sebarang alasan yang dibenarkan oleh Islam . Ataupun menyiksa diri agar mati cepat . Ataupun melebihkan akal-fikiran dan teori manusia di atas nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah . Ataupun seperti menyamakan riba’ dengan jual-beli . ataupun dengan cara melakukan tawaf di kuburan dan keramat , ataupun juga dengan melakukan solat dengan dua rukuk dan satu sujud. Selain itu , teori yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk juga satu bentuk bid’ah haqiqiyah.

(2) – BID’AH IDHOFIYYAH ( بدعة إضافية ) :

Bid’ah Idhofiyah pula bermaksud satu bid’ah yang dilihat padanya ada dua unsur yang saling bercampur di antara satu sama lain . Iaitu dari satu sudut , ia kelihatan sebagai bukan Bid’ah kerana disandarkan kepada dalil . Manakala kalau dilihat dari sudut lain pula , ianya kelihatan sebagai Bid’ah dengan jelas.

Contohnya : Solat Raghaib , sejenis solat yang mempunyai 12 rakaat pada malam hari Jumaat yang pertama di dalam bulan Rejab , dengan cara-cara tertentu . Solat ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w , akan tetapi ianya kelihatan juga seperti solat yang sedia maklum di dalam ajaran agama .

Contoh lain : Mengerjakan azan dan iqamat untuk Solat Hari Raya ataupun Solat Gerhana . Azan dan Iqomah ini walaupun asalnya ada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w , akan tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak pernah melakukannya untuk Solat Hari Raya ataupun Solat Gerhana .



PERSOALAN DAN KEKELIRUAN DI DALAM BID’AH


Pada umumnya ada tiga istilah yang harus kita fahami secara ringkas terlebih dahulu. Setelah memahami maksud sebenar ketiga-tiga perkara ini, maka lebih mudahlah kita untuk menjernihkan serba sedikit kekeliruan yang terbuku di minda kita.

Huraian Ringkas 3 istilah asas:
1) Khilaf/Khilafiah:
 Khilaf maksudnya tidak bersependapat hukum di kalangan fuqaha' disebabkan interpretasi berbeza terhadap nas-nas syara' yg umum, maka lahirlah pendapat Imam dan aliran atau madzhab. Khilafiah ada yg harus (dibenarkan) dan ada khilafiah yg haram. Khilafiah yg haram itu menyamai bid'ah kerana ia mentafsir hukum bukan berdasarkan nas bahkan dari akal sendiri atau hawa nafsu.

Cth: Batal wudhu' kerana menyentuh perempuan. Semua pendapat Imam dan madzhab adalah berasaskan nas dan dalil. Maka ini adalah khilaf yang diharuskan dan bukannya bid'ah.

Cth: Khilaf yg haram ialah pendapat anti-Hadis yg mengatakan koleksi hadis itu dusta dan berasal dari syaitan

2) Bid'ah:
Definasi terbaik ialah pendapat asy-Syatibi, fuqaha' kelahiran Granada, Sepanyol dlm kitabnya al 'Itisom, yakni perbuatan melampau dalam beragama, yakni mencipta cara yg berlebihan dlm beribadah. (I'tisom, 1/37)

Dalilnya:
HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra, "sesiapa yg mencipta hal yg baru dalam agama kita, maka ia tertolak."

Cth: seorang yg ingin membujang sampai mati, seorang yg solat dibawah panas matahari, tawaf di kuburan orang soleh, solat 200 raka'at malam Nisfu Sya'ban.
 

3) Maslahah:
 Maslahah pula menurut asy-Syatibi (ibid) ialah "menarik manfa'at/kebaikan dan menolak mudharat/kerosakan" atau Maslahah duniawiyah.

Cth: Komputer, ICT, bidang kejuruteraan, bio-teknologi, pembangunan materil, lebuhraya, pelaburan ekonomi, dsbnya.

Setelah mengetahui istilah di atas secara ringkas maka boleh kita membezakan antara khilaf, bid’ah dan maslahah. Kesimpulan yang boleh di ambil dari pengertian ketiga-tiga istlah ini adalah ke semua bid’ah itu adalah sesat. Ini berdalilkan kepada hadis-hadis yang telah dikemukakan sebelum ini.

Persoalannya bukankah wujud bid’ah hasanah? Bid’ah hasanah atau bid’ah yang baik ini muncul  hasil penegasan pemuka fiqh Syafi'iy terutamanya dari al Imam asy-Syafi'iy ra sendiri , Hujjatul Islam alGhazali, dan lain-lain. Antara penegasan asySyafi'iy ra ialah ucapannya,
"Bid'ah itu ada dua jenis: mahmudah dan madzmumah; setiap bid'ah yg menepati sunnah adalah bid'ah mahmudah (bid'ah terpuji) dan setiap bid'ah yg menyalahi syara' itu ialah bid'ah yg madzmuumah (tercela)."

Ucapan asy-Syafi'iy ini mengundang kontroversi dan bantahan fuqaha' yg lain antaranya asy-Syaatiby (al_I'tisom), Syaikh 'Ali Mahfoodz (al Ibda'), dll. Imam asySyatibi misalnya menjelaskan, apa yg dimaksudkan oleh Imam Syafi'iy dgn bid'ah hasanah atau mahmudah itu ialah masoleh mursalah (kepentingan umum) spt penciptaan baru yg memberi faedah kepada manusia dan tamaddun seperti kereta, sistem pejabat pos, internet, mesen fax, komputer. Menurut Syaatibi, salahfaham ucapan Syafi'iy ini telah disalahertikan oleh ashab Syafi'iy, lalu mereka meluluskan amalan bacaan talkin, kenduri arwah, dan sebagainya sebagai bid'ah yg baik. Allah sahaja yg lebih mengetahui.

 


CONTOH-CONTOH BID’AH DAN KEKELIRUAN YANG BIASA KEDAPATAN


Nisfu Sya’ban


Apakah sambutan malam Nisfu Sya'ban ni bid'ah atau khilafiah? Pada awalnya, isu nisfu Sya'ban dianggap isu khilafiah kerana status beberapa hadis terdapat percanggahan fuqaha' dari segi statusnya: hasan, dhai'eef atau maudhu'. Apatah lagi malam Nisfu Sya'ban terdapat dalam kitab al-Ihya'Ulumiddin karya agung alGhazali.

Oleh kerana ulum fiqih ini dinamik, maka akan sentiasa muncul para pentarjeeh dan pentahqeeq (pengkaji dan penilai semula) dengan penemuan terbaru dan mereka akhirnya (tanpa ragu) mengklasifikasikan amalan di malam nisfu Sya'ban ini adalah bid'ah dan hanya malam Lailatul Qadr sahaja yg sahih untuk disambut.

Pernah didatangkan soalan kepada Dr. Yusuf Qardawi barkaitan amalan ini dan beliau menjawab:
: ليلة النصف من شعبان، لم يأت فيها حديث وصل إلى درجة
الصحة، هناك أحاديث حسنها بعض العلماء، وبعضهم ردها وقالوا بأنه لم يصح في ليلة النصف من شعبان أي حديث ... فإن قلنا بالحسن، فكل ما ورد أنه يدعو في هذه الليلة، ويستغفر الله عز وجل، أما صيغة دعاء معين فهذا لم يرد، والدعاء الذي يقرأه بعض الناس في بعض البلاد، ويوزعونه مطبوعًا، دعاء لا أصل له، وهو خطأ، ولا يوافق المنقول ولا المعقول.


"Malam Nisfu Sya'ban tidak didatangkan apa-apa hadis yang tinggi taraf kesahihanya. Disana ada beberapa ulama' yang menceritakan tentang kebaikannya, ada juga yang menolaknya dan berkata 'sesungguhnya tidak ada kesahihan malam Nisfu Sya'ban dari mana-mana Hadith'..... Dan jika di rasa ada kebaikannya, apa yang perlu didatangkan pada malam itu ialah kita memohon doa dan memohon ampun dari Allah Azza Wajalla. Dan untuk perkataan-perkataan yang khusus pada malam itu memang tidak didatangkan (tidak ada). Doa-doa yang dibaca oleh setengah-tengah manusia di beberapa negara, mengedar dan mencetaknya, doa itu tidak ada asalnya, ia menjadi satu kesalahan. Tidak ada persetujuan dan alasan penyebarannya".

Dari jawapan di atas boleh disimpulkan bahawa segala amalan yang ‘khusus’ di malam Nisfu Sya’ban tidak wujud semata-mata. Salah satu amalan yang biasa kelihatan adalah membaca Yaasin 3 kali diiringi dengan doa yang khusus. Perbuatan ini adalah bid’ah yang seharusnya dielakkan bahkan dikikis sama-sekali dari amalan kita.

Mengangkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat


Perbuatan di atas adalah di antara perkara yang memang menjadi kebiasaan kepada umat Islam khususnya negara kita, Malaysia. Sayangnya perbuatan ini telah dikategorikan sebagai bid’ah kerana tiada asal dan tidak pernah di buat oleh Nabi SAW. Ini telah dijelaskan oleh Muhaddith Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya Bida’al Jum’ah.
Namun begitu, seperti juga dosa, terdapat yang kecil dan besar. Amalan mengangkat tangan ini dikategorikan kecil berbanding amalan-amalan bid’ah hari Jumaat yang lain seperti membaca Yaasin pada malamnya dengan menganggap bahawa ia merupakan sunnah Nabi atau menganggap amalan ini adalah terbaik berbanding membacanya pada hari-hari yang lain.

Menabur bunga di pusara


Amalan ini merupakan khilaf . Aliran Salafiyya seperti Syaikh al-Uthaymeen (Fatawa alUthaymeen), almarhum Syaykh Ben Baz (Lajnah Daimah), Syaikh Albani (fatawa Medinah & Ahkam alJanaiz # 123) berpendirian keras dgn menegahnya atas alasan bid'ah dan diciplak dari amalan Yahudi-Kristian. Pendapat ini disandarkan kepada al-Kattabi (Ma'alim asSunnan 1/27) dan Syaikh Ahmed Syakir (syarah sunan atTermidzi 1/103). Syaikh Syakir berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian Koptic di Mesir.

Adapun Lajnah Fatwa alAzhar (pengerusi: Syaikh Atiyah Saqr) berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yg harus dan haram, dimenangkan pendapat yg mengharuskan kerana terdapat asal dari as-Sunnah di mana biasa Nabi saw meletak pelapah tamar dan ranting yg masih hidup di atas pusara (Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka disitulah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yg mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.

Zikir secara berjemaah selepas solat


Amalan ini merupakan salah satu amalan yang cukup popular khususnya di Nusantara. Amalan ini pada asalnya bertujuan mengajar makmum. pendapat ini diambil dari Imam Nawawi dan ada disebut dalam kitab Fathul bari jld 2/326. Bahakan terdapat dalil berbuat demikian. Tetapi Imam Ibn Hajar Asqalani (syarh Sahih Bukhari) menjelaskan ia dilakukan oleh Nabi saw untuk mengajar sahabat-sahabat di permulaan Islam, selepas mereka menghafaznya, maka amalan wirid beramai-ramai dgn suara keras itu dihentikan kerana terdapat larangan dalam surah alIsra': 110 (asySyaqiri, asSunan, 50)


Namun begitu perbuatan berzikir secara kolektif selepas solat itu telah disahkan perbuatan bid'ah oleh jumhur Imam muhaqqeqeen, antaranya Imam alHafeedz Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad 1/66), Imam Muhd Rasyid Ridha (alFatawaa 4/1358), Imam asySyatibi Granada (al_I'tisyom 1/352), Asqalani, Fathul Bari 2/326 dan kitab Sunan wal Mubtadi'at , 70.

Dr Yusuf Qardawi juga telah mengeluarkan fatwa yang membenarkan amalan zikir ini selagi mana amalan itu tidak menyalahi syarat-syarat yang telah diberikan. Di antaranya bebas dari mungkar dan tidak menganggu orang lain(tidak dengan suara yang lantang).
Zikir yang dibacakan adalah berdasarkan kepada syara’.

Kesimpulannya; memandangkan terdapat mujtahid yang jelas kewibawaannya mengeluarkan fatwa yang membolehkan amalan ini, maka diboehkan mengamalkannya selagi mana syarat-syarat yang diberikan dipatuhi. Walaupun begitu, harus diingat bahawa amalan ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah SAW kecuali dengan tujuan mengajar dan membimbing.

Nota: Amalan ini juga dikiaskan dengan berdoa secara jemaah bersama imam setiap kali solat

 

Maulid Nabi

 

Tiada asal dan bukannya sunnah. Tidak pernah di sambut oleh sahabat-sahabat. Maka dikategorikan ia sebagai bid’ah kerana menepati definisi bid’ah itu sendiri.

 

Walaupun begitu, terdapat juga fatwa yang membenarkan amalan ini selagi mana garis panduan yang diberikan dipatuhi. Fatwa ini dikeluarkan oleh Syeikh Atiah Saqr. Di antara dalilnya:


Dari sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

Hadis ini menyatakan bahawa salah satu sebab istimewanya hari Isnin itu adalah kerana lahirnya Nabi Muhammad SAW pada hari tersebut. Maka dari situ di ambil kesimpulan bahawa, hari lahir nabi adalah istimewa sehinggakan dijadikan salah satu sebab untuk sunat berpuasa di hari Isnin.

Ringkasan amalan lain


Selawat ketika tarawikh: dari segi definisi, ia adalah bid’ah. Tidak ada mujtahid ternama yg mengatakan ia baik. Tidak didapati keterangan dari Nabi dan para sahabat ada membaca bacaan-bacaan tertentu seperti selawat, taslim,mengucapkan radhiallahu ’anhu kepada sahabat-sahabat diantara tiap-tiap dua atau empat rakaat solat tarawih yang dibacakan dengan suara lantang ataupun doa-doa khusus yang juga dibaca dengan suara lantang seperti yang diamalkan kini.

Bersalam selepas solat jamaah: Ramai fuqaha' yg berpendapat bid'ah dan ganjilnya amalan ini: Fatawa Syaikh Izz bin Abd Salam, 46; Imam Nawawi, alMajmu, 3/448; syaikh alJibrin, alMujtama' ed 855; Albani, Silsilah asSahihah 1/23; alSyaqiri, asSunan wa Mubtadi'at, 72, Siddiq Khan, Din alKhalisy, 4/314; alHaithami, asSiyaasah fil Kasyf, dll) Jika anda terpaksa melakukannya, maka niat anda itu betul.

 

 

 





PENDIRIAN PENULIS


Isu bid’ah merupakan isu yang cukup sensitif terutama di nusantara. Namun begitu adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam yang mengetahuinya, untuk memperbetulkan apa yang salah.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Ertinya : “ Sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya( kuasanya ) , maka jika dia tidak berupaya sedemikian , hendaklah pula dia mengubahnya dengan kata-katanya ( nasihat ) , dan jika tidak berupaya juga berbuat demikian , maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya ( dengan membencinya ) , dan demikian itu ( membencinya ) itu adalah tahap iman yang paling lemah “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad (rh) 3/20 , Imam Muslim (rh) 1/49 , Imam Abu Daud (rh) 1/1140 , Imam At-Tirmidzie (rh) 4/2172, Imam An-Nasaie (rh) 8/5033 dan Imam Ibnu Majah (rh) 1/1275 , serta Imam As-Suyuthi di dalam Al-Jamie’ As-Soghir : 8687 .


Pada saya, bid’ah merupakan salah satu perkara di dalam Islam yang saya takuti. Apatah lagi terdapat hadis yang mengancam perbuatan bid’ah ini.

Kita sebagai orang awam amatlah bergantung kepada ulama’-ulama’ muktabar. Janganlah menjadikan sesuatu adat itu sebagai satu perkara yang sah dibolehkan oleh Islam tanpa disoal-siasat. Dalam membentuk diri yang bebas dari bid’ah kita hendaklah sama-sekali mempunyai sikap yang terbuka dan tidak terlalu taksub pada amalan turun-temurun. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah berpesan agar kita kembali kepada al-Quran dan sunnahnya. Janganlah mengambil ringan pemasalahan agama.

Apabila kelihatan atau didatangkan kepada kita sesuatu amalan baru hendaklah kita selidiki terlebih dahulu. Janganlah menjadi ‘Pak Turut’. Kerana sikap ‘Pak Turut’ ini boleh membawa kepada kebencanaan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna(rh) menjelaskan di dalam kitabnya, Al-Usul ‘Isyrin:
و البدعة الإضافية و التركية و الإلتزام في العبادات المطلقة خلاف فقهي , لكل فيه رأيه , و لا بأس بتمحيص الحقيقة بالدليل و البرهان
Ertinya : “ Bid’ah Idhofiah , Bid’ah Tarkiah , terikat dengan cara-cara tertentu di dalam melakukan ibadah yang mutlak , adalah termasuk di dalam permasalahan yang diperselisihi di dalam agama ( khilafiah ) . Setiap orang mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Akan tetapi tidaklah menjadi kesalahan untuk kita mencari hakikat sebenarnya melalui bukti dan keterangan .   

Beliau juga berkata di dalam bukunya itu:
و كل بدعة في دين الله لا أصل لها- إستحسنها الناس بأهوائهم , سواء بالزيادة فيه أو بالنقص منه - ضلالة تجب محاربتها , والقضاء عليها بأفضل الوسائل ألتي لا تؤدي إلى ما هو شر منها
Ertinya : “ Semua bid’ah yang dilakukan di dalam agama Islam tanpa ada sandaran asalnya dan dipandang baik oleh hawa nafsu segolongan manusia, sama ada dengan menambah ataupun dengan mengurangkan apa-apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sesat , yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilakukan dengan cara yang paling baik , supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid’ah itu sendiri .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar